Sekolah Rendah Agama Al-Wardah telah ditubuhkan pada 31hb Mei 2019 setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) , No Ruj : JAWI.Edu.900-1/1/4/3 (20) dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sekolah ini akan mula beroperasi pada 1 Januari 2020 di dua buah premis iaitu di Taman Tun Dr. Ismail & Segambut.

Sebagai makluman, sebelum tertubuhnya Sekolah Rendah Agama Al-Wardah ini, pihak pengurusan Al Wardah telah melaksanakan Kelas Bimbingan Al-Quran dan Fardhu Ain secara mingguan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad sahaja yang pada awalnya dikenali sebagai KAFA Al Wardah. Kelas KAFA ini sudah beroperasi selama lebih kurang 13 Tahun.

Memandangkan pihak pengurusan Al Wardah ingin mengembangkan lagi pusat penyebaran ilmu Al Quran dan Fardhu Ain ini dengan lebih serius, maka tercetuslah idea dan semangat untuk menubuhkan sebuah Sekolah Rendah Agama Al-Wardah yang bertujuan untuk menyumbangkan ilmu agama kepada bakal-bakal pemimpin dunia Islam. Dengan itu, kanak-kanak seawal 7 – 12 tahun akan dicurahkan dengan ilmu agama yang bermanfaat untuk menjaga serta menjamin masa depan mereka dengan selamat sama ada di dunia mahupun di akhirat yang pasti.
 
Penubuhan sekolah ini berdasarkan kepada konsep pendidikan KAFA di Malaysia iaitu mengikut peringkat umur daripada Tahun 1 – Tahun 6. Melalui modul pembelajaran yang kondusif maka usaha untuk melahirkan individu yang berakhlak dan berilmu akan dapat dicapai dengan jayanya.