MOTTO

Ilmu-Amal-Taqwa

VISI

Melahirkan Generasi Yang Berilmu dan Bertaqwa

MISI

Membentuk Akhlak Yang Soleh & Muslih Serta Positif

 

OBJEKTIF PENUBUHAN SEKOLAH

Objektif penubuhan Sekolah Rendah Agama Al-Wardah adalah seperti berikut :-

  1. Melahirkan individu muslim yang berani dan berupaya untuk menghadapi segala cabaran sosialisasi pada era ini.
  2. Menyokong saranan kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan bermula pada peringkat awal kanak-kanak.
  3. Memperkukuh asas pengajian Agama Islam dalam diri kanak-kanak Islam dalam Pendidikan Al-Quran dan Sunnah.
  4. Memastikan semua kanak-kanak dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan baik dan betul.
  5. Memastikan semua kanak-kanak Islam yang berumur 7 hingga 12 tahun dapat mempelajari ilmu diniyyah serta dapat menerapkannya dalam diri supaya terus menjadi benteng keimanan yang kukuh.